Saturday, October 31, 2009


aku sangat mencintaimu.. ku harap ada ruang untuk kita menyulam cinta sehingga ke gerbang perkahwinan...
semoga dirimu sesetia diriku.. cinta itu sangat indah andai ianya disulami kesabaran dan pengorbanan...
cinta itu pelataran yang tak perlukan pelabuhan....................

aku merindui kawan2 masa fom5

aku baru je lepas make video cal ngn 3 orang, suria, suhaizura n aku... seronok lak pakai oovoo ni.. trima kasih kat shaza coz rekemen kat aku.. saat ni aku sangat2 rindukan zaman aku berusia 17taun dlu.. hidup yang sangat indah lam khidupan aku.. di sekeliling kawan2 yang sangat aku sayangi...



hidup di asrama yang sangat menyeronokkan.. setiap hari masa stdy petang, msti keje aku ngn kawan2 seperjuangan ialah tdo..bgun2 da azan asar da.. erti kata lain abes stdy da.. pas solat asar cpt2, tanpa tangguh2 g amek kuih klat dewan makan.. amek air teh makan kat tepi dewan mkn 2 sambil ape ag, sembang n bergossip r.. pas2 bwu la g mengaji... kdg2 trus ponteng ngaji.. p tkot gak..da la mak aku yang ajar mengaji kat c2..p otai tetap otai...




mlm2 pulak.. owg stdy kter stdy gak wei.. mulut pon rancak gak gerak.. kat meja stdy ak ad suria, tikah, yah, ayu, n anah... ms anah xsakit ag la.. ktowg ad gak stdy sapa awl pg.. p mslhnya mmg g2 la..bkn stdy ngat.. sembang 2 tetap ad r.. xleh nk lari da...adoyaiii.. tiap2 ari aku bgn when loceng mkn da berbunyi..ape lagi.. lompat katil la wei... lam kul 630 or 645 r... dengan gelabah trun mndi.. p trun2 aleh2 ceh muka suria tikah gak aku jumpe dok tanda turn.. da name kawan, mmg prangai pon same la.. ayu pon same la jgk.. bgn same ngn aku jer gak.. solat subuh leh katakan everyday lmbt.. ingt ag, apih rabbi selalu g kls awl ngn syafiq.. penah gak ak tkantoi ngn dowang..ak baru je nk g msjid semayang p dowang da nk g skola.. malu???
of coz la malu gak.. muka xtaw nk letak mane.. p dah mmg g2 je sokmo2.. xleh nk wat pe r...


aku nampak mmg cam bdk baek je.. p prangai trok gak benanya... jns gedik gak kat skola dlu.. mcm2 gosip ngn ye 2 la..ye ni la...aku ada la sorang adik angkat, syamsul... huhu leh bcakap ngan dye pon leh bt aku senyum sepanjang ari taw.. 2 blum ag ngn owang yang aku dok minat... dye jeling aku pon aku da heboh blk ctew kat kwn2 aku..lau dye tgur aku lagi la.. usah dicakap r... p aku xnk la state kn disini name dye.. biar lah segala kisah2 itu terpahat di hati ni saje... malu gak nk ctew..


huhuhu seronoknya di alam persekolahan.. andai dapat ku undurkan masa, akan ku putar sehingga aku berada seperti lam masa aku ctew ni.. xbahagiakah aku meniti ari2 sekarang ni.. jawapannya hanya aku sahaja yang mengetahui.. aku sudah kehilangan khidupan serba ceria.. aku hanya menjalankan khidupan yang biase dan sangat pudar rasanya.. pepon aku still bsyukur sebab shaza masih lagi bersamaku menemani aku d perantauan ini..

terima kasih kawan2 sebab bt hidup aku sangat bahagia.. semoga ukhuwah yang terjalin antara kita mekar seharum kuntuman bunga yang x pernah padam... xnak la bunga tahi ayam kn.. bak kata tikah, jangan renggangkan hubungan persahabatan kita yang sedia terik ni... aku sangat meridui kowang...

sowi la kepada kwn2ku yg xduduk asrama especilly  mc sue.. ctew ktew t ak selitkan di kala lain..

sowi la.. ni sume gmbr yang da ai cuci..gmbr lam laptop xde la pulak.... nampak kabur je sume....

banyaknya dugaan..

kenapa yek... dekat2 nak exam ni byk lak dugaan yang terpaksa aku tempuhi... perasaan malas 2 menyelinap masuk dan bertahta di hati ni.. aduhai.. banyak lak dugaan lain macam novel on9, cerpen2, ctew2 muvi... btol2 mganggu ak.. lagi satu, i can not memorised pe yg ak da bc.. nek tension gak camni...

huhu plg trok.. asal aku stdy je..mesti ase lapar.. aku yg jarang makan jajan akhir2 ni kuat gler makan jajan.. alasan stdy la konon... ntah.. kdg2 2 ngah stdy pon leh rs bosan n cra tuk ilangkan bosan.. makan la jwbnya... p kan, aku runsing gak tkot badan naik dowh... xnk la aku gemuk2.. da la pendek.. lau gemok sendri byg ah cmne... pkwe yg ada pon leh lari kn...

huhuhu pepe hal pon caiyok222 dayah!!!!! stdy lu.. t da abes stdy mmg konfem blh wat mende laen 2....

Saturday, October 24, 2009

exam..struggle..

huh ari ni aku rasa lega sangat segala asignment da ciap..tinggal blog je lagi xciap lagi..lepas senamrobik td, aku rs mcm melepaskan beban di atas belakang woo... even kalah pon p aku tetap rs puas coz xpyh g blatey tiap2 ptg da.. pnt + tension taw..

da la asngment 2 mggu ni btimbun2.. owg len pon mesti cam ak jgk..tp ak xpenah lg taw xtdo 1 ari.. kul 10 pg esknya lak aku tdo.. mlm 2 bhempas pulas bt cam studio..arap2 la ict in chem ak dpt a.. bbaloi la ckt..

tp carry mark organik aku pon dapat ckit je.. sem ni trus terang kata mmg susah gler la nk scor.. ntah la dapat dekan x..

huhu lame da ak xmenulis ni.. sebab bz la.. n blog education aku di http:www.missdaynieyda.blogspot.com

blog 2 tuk memenuhi asgnment ict aku..harap sesape yang terbuka can get some knowledge dr aku nyer blog...

Sunday, October 4, 2009

cinta

Setiap insan pasti ada kenangan cinta masing-masing...ad cinta yang tersangat bahagia dan ad juga cinta sebelah sahaja, ad cinta yang merana dan putus asa, ad cinta yang suka dan duka tapi tetap bercinta, ad cinta yang dianggap kejam,dan ad cinta yang membuatkan hidup seseorang dalam kegelapan...

cinta setiap insan memang berbeza walaupun jalan kisah cinta seakan sama.. ianya kerana setiap insan itu berbeza.. cinta dan airmata memang sebati di dalam jiwa..andai hadirnya cinta, hati juga memainkan irama berbagai rasa.. kadang2 cemburu yang menguasai hati dapat menjadikan insan yang innosent be crazy and make some stupid things...

cinta dan harga diri.. ramai yang menganggap cinta adalah segalanya..menyerahkan mahkota kesucian semata-mata untuk membuktikan cinta.. namun, berkekalan kah cinta mereka??

cinta banyak merubah hidup seseorang individu.. oleh itu, semaikan lah cinta dengan sebenar2nya..  jangan biarkan cinta merosakkan dan merampas segala kemilikan kita..



Saturday, October 3, 2009

10 tips dalam persahabatan

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Di sini terdapat 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”



10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.



* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.



* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).


* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.



* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).


Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.
“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”




cinta dan persahabatan

antara cinta dan persahabatan... apakah perbezaannya.. cinta adlah satu perasaan murni yang hadir dalam diri individu untuk disayangi dan menyanyangi...namun begitu cinta tak semuanya harus dimiliki... cinta yang dimiliki pula terbahagi kepada 2 sama ada cinta bahagia dan cinta merana.. bertuahlah insan yang mendapat cinta yang sejati dan berbahagia.. walaubagaimanapun pahit jerit dalam percintaan adalah lumrah alam.

persahabatan pula ialah satu tali yang kukuh dan utuh.. tiada istilah persahabatan yang tidak dapat dimiliki... semua persahabatan boleh dimiliki selagi kita tidak mengkianati sahabat kita..namun, persahabatn juga terbahagi kepada 2 iaitu kawan dikala senang dan kawan dikala susah.. amatlah senang mencari kawan dikala senang sebab itu adalah lumrah alam.. namun mmencari kawan untuk teman bertangis ibarat mencari mutiara di dasar laut.. sangat sukar namun ianya tetap wujud..

antara cinta dan persahabatan, hubungan yang paling berkekalan ialah hubungan persahabatan kerana tiada istilah putus dalam persahabatan namun dalam percintaan istilah putus selalu bermain di bibir..namun ikatan cinta yang kukuh dapat menghasilkan cinta yang tidak ada yang dapat memutuskan nya.. daripada cinta, akan wujud kasih sayang ibu kepada anaknya yang mana tidak akan pernah putus kecuali ajal penyebabnya..

oleh itu, kepada semua insan yang pernah menjadi sahabatku, ingatlah hubungan persahabatan yang pernah terjalin antara kita xpernah putus dan tiada tarikh luputnya..
kepada insan yang telah sekian lama bertahta dihatiku, semoga hubungan cinta kita berkekalan sehingga menghasilkan benih2 cinta yang kekal antara ibubapa dan anak2 kita suatu hari nanti.. InsyaAllah, dengan izinNya..